Salam sejahtera kepada semua rakan dan ahli Yayasan Artritis Malaysia (AFM)!
Adakah anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai jenis penyakit keradangan sendi (artritis) yang sering dialami oleh pesakit?
Ramai yang menyangka semua jenis artritis adalah sama. Sebenarnya, terdapat pelbagai bentuk artritis yang berbeza dari segi punca, gejala, dan juga rawatannya.
Bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keadaan ini, Yayasan Artritis Malaysia (AFM) dengan sukacitanya menjemput anda ke satu sesi santai tetapi penuh informasi:
Sembang Sendi Bersama Pesakit Rheumatoid Arthritis
Tajuk: “Melangkah Dalam Derita”
Tarikh: 13 September (Sabtu)
Masa: 2.30 – 3.30 petang
Platform: Zoom
Borang Pendaftaran | Muat Turun Risalah
Sesi ini akan menampilkan dua insan istimewa – Dr. Ainon Mokhtar dan Ms. Dayang – yang akan berkongsi ilmu serta pengalaman berdepan dengan rheumatoid arthritis.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan informasi yang berguna dan menyentuh hati. Jom sama-sama kita sertai sembang santai ini dan memahami dunia artritis . Semoga kita lebih empati dan dapat memberi harapan baru kepada pesakit artritis.


