Hidroterapi adalah cara menggunakan air untuk mengubati beberapa penyakit, termasuk artritis dan penyakit rangka dan otot yang lain.
Apakah dia hidroterapi, dan bagaimanakah ia berlainan dari berenang?
Berenang membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya, ia menolong pesakit artritis dan juga penyakit rangka dan otot yang lain, kerana air menimbulkan dan menyokong berat badan seseorang ketika senaman.
Hidroterapi adalah cara menggunakan air untuk mengubati beberapa penyakit, termasuk artritis dan penyakit rangka dan otot yang lain. Hidroterapi berlainan dari berenang kerana ia melibatkan senaman yang tertentu yang dilakukan dalam kolam air panas, kebanyakannya di pusat fisioterapi sesebuah hospital. Suhu air biasanya di antara 33 hingga 37 darjah Celsius, iaitu jauh lebih panas dari air di kolam renang biasa.
Air yang agak panas itu menolong melegakan otot dan mengurangkan sakit pada sendi-sendi. Ini akan membolehkan pesakit bersenam dengan lebih baik.
Air itu juga menimbulkan dan menyokong berat badan pesakit, dan oleh kerana itu, mengurangkan sakit pada sendi dan juga meningkatkan daya pergerakan seseorang. Menolak tangan dan kaki di dalam air juga menguatkan otot.
Faedah hidtroterapi boleh dirasa pesakit artritis, terutamanya pesakit artritis yang telah mengalami kerosakan dan penjejasan pada beberapa sendi, kerana kesemua sendi boleh disenamkan dengan senang di dalam air yang agak panas dan menyokong berat badan. Hidroterapi juga menolong orang yang terasa sakit ketika berjalan, kerana air memberi sokongan tambahan.
Hidroterapi juga kadangkalanya digunakan untuk memulihkan pesakit selepas pembedahan penggantian sendi, dan juga untuk menolong pesakit yang mengalami sakit belakang atau penyakit ankylosing spondylitis.
Seseorang tidak perlu tahu berenang untuk menjalani hidroterapi. Kolam hidroterapi biasanya cukup cetek, dan setiap orang boleh bersenam dengan tanpa takut tenggelam. Alat timbulan juga boleh didapati, dan selalunya ada seorang ahli fisioterapi yang akan ada di dalam kolam, serta seorang penolong di samping kolam.
Hidroterapi merupakan pengubatan yang amat selamat untuk pesakit artritis dan juga mereka yang mengalami sakit belakang. Pesakit boleh terasa amat letih selepas senaman hidroterapi, akibat berendam dalam air yang hangat dan juga akibat senaman tersebut. Ini adalah normal.
Bilakah hidroterapi tidak wajar?
Ada kalanya hidroterapi tidak boleh digunakan atas pesakit. Ini termasuk apabila:
terdapat luka atau jangkitan kulitwound or skin infections
adanya penyakit virus atau sakit perut
adanya demam
ada tekanan darah tinggi atau rendah
ada masaalah pernafasan yang ketara
pesakit ada memerlukan dialasis sepenuhnya
ada masaalah angina atau jantung
ada massalah inkontinens
ada jangkitan dada dan paru-paru
Sumber : Arthritis Research Campaign -http://www.arc.org.uk/arthinfo/patpubs/6254/6254.asp