Memaparkan Kepalsuan Artritis
Memaparkan Kepalsuan Artritis
Artritis merupakan keadaan kronik yang paling biasa dan kerap menghilangkan keupayaan seseorang di seluruh dunia. Namun begitu, masih terdapat banyak tanggapan salah dan mitos mengenai artritis. Berikut adalah beberapa mitos yang biasa didengari mengenai artritis:
Artritis hanya rasa lenguh dan sakit
Walaupun simptom artritis yang paling ketara ialah rasa lenguh dan sakit di beberapa bahagian badan, ada artritis yang mempunyai implikasi yang lebih serius dan bukanlah setakat sakit biasa sahaja. Contohnya, terdapat artritis yang boleh menjejaskan organ dalaman dan mencacatkan sendi. Contoh terbaik keadaan ini ialah Artritis Reumatoid yang menyerang sendi dan menyebabkan keradangan saluran darah, tisu paru-paru dan ketaknormalan darah.
Artritis hanya berlaku pada orang tua
Angka orang muda, terutamanya mereka di dalam lingkungan umur 25-40, sedang naik di seluruh dunia. Artritis kanak-kanak juga kian meningkat. Oleh itu, tidak lagi dapat kami katakan bahawa artritis sebahagian daripada proses menua. Ia boleh berlaku kepada sesiapa pun, tidak kira umur mereka.
Artritis hanya berlaku pada wanita
Ia adalah benar bahawa lebih ramai wanita mungkin dilanda artritis dan dengan lebih serius lagi (2 daripada 3 wanita melebihi 65 tahun menghidap OA) tetapi lebih separuh daripada lelaki yang berumur melebihi 65 tahun juga menghidap OA. Spondilitis mengankilosis, sejenis artritis tulang belakang yang kronik dihidap oleh lebih ramai lelaki muda daripada wanita muda.
Mereka dengan artritis perlu merehatkan sendi mereka selalu
Artritis mempunyai peringkat memarak dan peredaannya. Apabila pesakit itu melalui tempoh penyemarakan, mereka harus mengurangkan aktiviti giat yang mungkin mencederakan sendi mereka. Walaupun dalam tempoh peredaan, mereka dinasihatkan untuk kekal aktif agar dapat mengekalkan kefleksibelan sendi dan mengukuhkan otot mereka. Senaman mempunyai kesan positif kepada keadaan fizikal dan fisiologi pesakit.
Tidak ada perubatan untuk artritis
Ia adalah benar bahawa artritis tidak boleh dirawat, tetapi banyak yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kehidupan seorang pesakit yang menghidap artritis. Ini termasuk kaedah pengurusan sakit serta perubatan untuk menahan kemajuan penyakit dan kecacatan sendi yang dipanggil ‘perubatan perubahan penyakit anti-reumatik. Perkembangan baru dalam rawatan artritis, seperti perubatan baru, program latihan dan pembedahan, boleh mengembalikan kualiti kehidupan seorang pesakit.
Saya boleh merawat artritis dengan perubatan di atas kaunter (OTC)
Memang ramai pesakit artritis yang melakukan ini, dan ada juga yang mendapatkan sedikit kelegaan daripada perubatan OTC. Walau bagaimanapun, beberapa jenis artritis seperti Artritis Reumatoid boleh memberikan kesan yang agak terus jika tidak menerima diagnosis yang tepat dan dirawat. Ia mungkin bermula seperti rasa lenguh dan sakit yang sedikit, tetapi jika tidak menerima diagnosis dan di rawat, ia mungkin menjadi kecacatan yang agak serius seperti sakit kronik, ketidakupayaan bergerak atau kecacatan sendi.
Mereka yang menghidap artritis dicacatkan oleh penyakit mereka
Menurut American Arthritis Foundation, salah satu perubahan yang amat menarik dalam beberapa tahun yang lepas ialah kefahaman bahawa pesakit mempunyai tugas yang penting dalam pengurusan artritisnya.
Perubahan dalam penekanan ini dikenali sebagai model pengurusan penyakit“biopsikososial’, berbanding model ‘bioperubatan’ tradisional , yang mana penyakit ditentukan hanya oleh profesional kesihatan.
Ini bermakna anda masih boleh menentukan kesempurnaan kehidupan anda. Mereka yang berusaha melawan penyakit ini dengan aktif biasanya dapat menikmati kehidupan mereka. Bekerjasamalah dengan pasukan penjagaan kesihatan anda agar mereka dapat membimbing anda untuk mencapai keadaan sihat.
Cara membezakan mitos dari kebenaran
Jika anda mempunyai artritis, anda akan menerima nasihat daripada sesiapa sahaja – saudara mara, rakan hingga penjual ikan di pasar. Bagaimana cara menanganinya?
1) Dapatkan maklumat lengkap mengenai penyakit anda.
2) Ketahui perubatan yang anda gunakan, tujuan penggunaannya dan kesan sampingannya.
3) Pelajari mengenai perubahan gaya hidup untuk mengatasi keadaan itu dengan lebih baik.
4) Dapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai seperti Yayasan Artritis Malaysia.
5) Cuba menahan godaan untuk mencuba cara perubatan yang diragui. Seperti kata-kata yang biasa didengari – jika ia terlalu sukar untuk dipercayai, ia mungkin tidak benar.
|