Pemakanan dan Artritis
Dalam setiap forum awam yang dianjurkan oleh AFM, soalan yang paling lazim ditanya oleh peserta ialah apa yang harus dimakan dan dielakkan. Joint Efforts menjawab soalan anda di sini:
Pemakanan yang baik dan kehidupan sihat adalah penting untuk semua. Namun begitu, ramai di antara pesakit artritis yang berdepan dengan pelbagai masalah memperoleh khasiat pemakanan yang mencukupi kerana mempunyai mobiliti terhad akibat sakit sendi, bengkak dan keletihan. Ada yang kurang selera disebabkan perubatan, sakit dan kemurungan.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai maklumat berbeza and mengelirukan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Harus diingati bahawa setiap pesakit artritis adalah berlainan dan makanan berbeza akan memberi kesan yang berlainan kepada berlainan orang. Contohnya, sekiranya anda menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE), anda harus kurangkan makanan berprotin kerana fungsi buah pinggan anda akan terganggu..
Kebanyakan makanan boleh dimakan kecuali jika anda menghidap gout. Pada amnya, tiga faktor makanan yang paling penting untuk pesakit artritis ialah:
- Kepelbagaian – makan pelbagai jenis makanan untuk khasiat pemakanan yang diperlukan
- Keseimbangan – kurangkan lemak, gula dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan berminyak serta makanan yang kaya dengan kalsium dan besi
- Kesederhanaan – makan jumlah yang lebih kecil tetapi dengan lebih kerap bagi menjaga berat badan anda.
Lemak Omega-3
Terdapat semakin banyak bukti bahawa asid lemak politaktepu Omega-3 dapat membantu mereka yang menghidap artritis radang. Lemak Omega-3 boleh diperoleh dari:
- ikan berminyak seperti salmon, sardin, hering, makerel dan trout, atau tuna segar
- buah avokado
- kekacang dan bijirin
- minyak sayuran (biji sesawi atau biji flaks)
Lemak Omega-3 boleh mengakibatkan pembentukan bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Bagi menangani keadaan ini, gabungkannya dengan antioksida (yang diperoleh dalam buah dan sayuran yang berwarna terang) dan vitamin E (yang diperoleh dalam kekacang, bijirin, keledek dan buah avokado).
Kalsium
Mereka yang menghidap artritis reumatoid lebih berisiko untuk mendapat osteoporosis, dan oleh itu, ia adalah penting bahawa jumlah kalsium yang mencukupi diperolehi. Makanan yang kaya dengan kalsium termasuk:
- sardin (termasuk tulang)
- susu, yogurt dan keju
- roti putih, coklat atau mil penuh
- sayuran hijau berdaun seperti kubis daun, kubis dan bendi (tetapi bukan bayam)
- produk soya yang kaya dengan kalsium
- biji bijian
Vitamin D juga diperlukan oleh badan untuk menyerap kalsium. Sumber Vitamin D yang utama ialah cahaya matahari, dan ia juga boleh diperoleh daripada ikan .
Zat Besi
Keletihan adalah salah satu simptom biasa untuk artritis reumatoid. Ini mungkin bertambah teruk dengan anemia ( kekurangan sel darah merah), yang merupakan hasil keradangan atau penggunaan jangka panjang NSAID. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk:
- daging merah
- ikan berwarna gelap
- telur
- sayuran hijau berdaun
- kekacang
- bijirin sarapan diperkuat
Zat besi mudah diserap jika diambil dengan vitamin C. Oleh itu, cuba ambil makanan anda dengan buah-buahan dan sayuran. Elakkan teh dan kopi kerana ia menghalang penyerapan besi.
Kacang
- Mengandungi lemak Omega-3, yang dapat melegakan kekejangan dan mengurangkan keradangan
- Pekan, walnut dan kacang hazel adalah kaya dengan anti-oksida. Kacang Brazil juga kaya dengan selenium, yang mungkin dapat mengehadkan kerosakan yang terjadi dalam artritis. Ia juga perangsang sistem imun
- Kandungan lemak yang tinggi, oleh itu elakkan pemakanan berlebihan
Sayuran Krusiferae (brokoli, kubis bunga, kubis dan kubis Brussels)
- Mereka yang menghidap artritis reumatoid mempunyai risiko mendapatkan penyakit jantung.Oleh itu, tambahkan pengambilan sayuran yang baik untuk jantung anda
- Mengandungi serat, folik asid dan vitamin A, C dan K
- Serat adalah penting untuk menghalang sembelit, yang biasanya disebabkan oleh perubatan artritis seperti NSAID dan ubat tahan sakit
Epal
- Mengandungi magnesium, yang dikatakan dapat mengurangkan sakit fibromialgia.
Beri (beri biru, beri hitam, kismis hitam, kranberi, raspberi dan strawberi)
- Mengandungi anti-oksida yang boleh menyebabkan keradangan
- Mengandungi serat, folik asid, magnesium, kalium dan vitamin C
- Folik asid semula jadi membantu pesakit yang mengambil methotrexate untuk pertumbuhan semula sel
Ceri
- Membantu mengurangkan keradangan dan sakit
- Mengandungi serat, vitamin A dan C.
Buah sitrus (oren, limau, limau nipis, kiwi, limau gedang)
- Kaya dengan vitamin C, yang mungkin dapat melindungi daripada artritis radang
- Mengandungi serat, folik asid, magnesium dan kalium
- Limau gedang (atau jus limau gedang) mungkin mengganggu tindakan perubatan antireumatik pengubahan penyakit (seperti kiklosporin). Oleh itu, pilihlah oren.
Sayuran hijau berdaun (kubis daun, sawi bunga, chard Swiss dan terung)
- Kaya dengan kalsium dan besi
- Baik untuk jantung
- Kaya dalam khasiat dan berkalori rendah
Produk tenusu (Susu, keju dan yogurt)
- Kaya dengan kalsium, yang amat penting bagi tulang sihat.
- Juga kaya dengan folik asid, magnesium dan vitamin
- Pilih jenis skim atau rendah lemak supaya mengelak daripada memakan terlalu banyak lemak tepu, yang boleh meningkatkan keradangan
Ikan berminyak
- Mengandungi minyak yang boleh menentang keradangan, sakit sendi dan kekejangan
Pis, kacang dan lentil
- Sumber besi yang baik bagi menghalang anemia
- Juga mengandungi serat, asid folik dan mineral lain
Bijian sempurna (gandum lengkap dan beras perang)
- Mengandungi magnesium, yang penting bagi tulang sihat
- Juga kaya dengan serat
Harus diingatkan
1.) Setiap orang mempunyai tindak balas berlainan kepada makanan berlainan.
2.) Gantikan atau tambahkan diet anda dengan khasiat pemakanan yang diperlukan sekiranya anda berhenti memakan sesuatu makanan.
3.) Simpan diari makanan dan jalankan ujian penyingkiran makanan jika anda merasakan ada makanan yang mencetuskan serangan artritis anda.
4.) Ingat bahawa terdapat makanan yang tidak bersesuaian dengan badan anda seperti produk gandum dan tenusu yang mungkin tersembunyi dalam makanan biasa.
1.) JANGAN tinggalkan sesuatu jenis makanan tanpa merujuk kepada doktor kerana anda mungkin kehilangan khasiat makanan tersebut.
2.) JANGAN mengamalkan vegetarian atau berpuasa tanpa nasihat doktor atau pakar pemakanan.
3.) JANGAN tinggalkan perubatan anda jika anda mengambil makanan tambahan tradisional seperti sarang burung, fungus pokok, lingzhi atau pati ayam.
4.) JANGAN terlebih makan kerana berat tambahan akan meletakkan tekanan tambahan ke atas sendi lutut anda.
Perubatan artritis dan makanan
Ada perubatan yang mesti diambil pada masa yang tepat bersama dengan masa makan.
Ponstan, Aspirin dan Indocid- ubat tahan sakit ini sesuai diambil selepas makan.
Residronate dan Alendronate- perubatan mengukuhkan tulang ini mesti diambil sebelum makan kerana tidak menyerap dengan baik setelah makan.
Prednisolone- biasanya digunakan untuk merawat SLE dan artritis reumatoid, dan boleh menambahkan selera makan. Ramai pesakit yang meningkat berat badan mereka disebabkan perubatan ini. Cara untuk mengawalnya ialah untuk menyimpan makanan tanpa lemak seperti lobak atau batang saderi di dalam peti sejuk dan memakannya apabila terasa keinginan untuk makan di luar waktu makan biasa.
Cyclophosphamide- kadangkala diberikan kepada pesakit SLE, dan boleh menyebabkan kehilangan selera, loya dan muntah-muntah. Sekiranya ini berlaku, maklumkan kepada doktor anda agar beliau boleh menyediakan perubatan lain.
Methotrexate- digunakan untuk artritis reumatoid, miositis dan artritis psoriatik, dan boleh mengurangkan tahap folik asid. Kekurangan folik asid mungkin mempengaruhi ketoksikan methotrexate
Berbincanglah dengan doktor anda mengenai perubatan dan bagaimana ia akan menjejaskan khasiat pemakanan anda, dan sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan.
Rujukan: Singapore Arthritis Foundation, www.arthritiscare.org.uk |